Pages

Tuesday, September 9, 2014

Terengganu Sasar UPSR 2014 Lebih Baik

Ghazali Taib
Kerajaan negeri menjangkakan pencapaian keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu berdasarkan peningkatan prestasi peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, keputusan dan prestasi peperiksaan yang akan ditempuhi 21,791 calon UPSR seluruh Terengganu pada tahun ini dijangka lebih cemerlang.

“Kita jangka peperiksaan UPSR pada tahun ini meningjkat berbanding tahun lepas. Persiapan akhir yang dibuat di peringkat sekolah dan negeri dengan mengadakan tuisyen, kursus motivasi kepada pelajar, solat hajat dan motivasi kepada ibu bapa dan kini tinggal lagi untuk memastikan semua ibu bapa mengambil berat kepada anak-anak sebelum memulakan peperiksaan esok,” katanya hari ini.

Ghazali berkata, walaupun UPSR merupakan peperiksaan peringkat sekolah rendah yang belum menentukan hala tuju untuk ke universiti, peperiksaan itu tetap menjadi asas penting yang dapat melonjakkan pelajar ke sekolah yang baik seperti asrama penuh dan elit.

Katanya, peperiksaan itu juga menjadi medan terbaik kepada pelajar di luar bandar menunjukkan prestasi terbaik setanding dengan pelajar di bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan pembelajaran.

Untuk rekod, seramai 21,791 calon UPSR bakal menduduki peperiksaan yang bermula esok (Selasa) di 383 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Berdasarkan jumlah itu, seramai 175 calon Orang Kurang Upaya (OKU) di mana kategori lain-lain 140 calon, pendengaran (26 calon) dan terencat akal, rabun, serta penglihatan masing-masing mencatatkan tiga calon.

Sementara itu, Daerah Kuala Terengganu mencatatkan calon tertinggi seramai 7,093 orang di 94 pusat peperiksaan.

No comments:

Post a Comment