Pages

Monday, September 8, 2014

Festival Peranakan Terengganu Sasar 50,000 Pengunjung

http://teganukita.my/tkv1/wp-content/uploads/2014/09/P1000396.jpg

Festival Peranakan Terengganu bakal yang bermula 12 hingga 20 September ini bakal menarik lebih 50,000 pengunjung ke Kampung Cina dari dalam dan luar negara, kata Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu, Dato’ Low Kian Chuan berkata.

Beliau berkata, pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai menerusi promosi yang sedang digiat dilaksanakan dan ia mampu membantu memperkenalkan Kampung Cina yang kaya dengan sejarah dan warisan masyarakat Cina zaman dahulu kala.

“Lebih 1,000 pelancong setiap hari berkunjung ke lokasi festival di Kampung Cina selain memperkenalkan orang peranakan Terengganu yang lahir di kawasan ini sejak beratus tahun lalu,” katanya semalam.

Menurutnya, jika di Melaka dan Pulau Pinang terkenal dengan Baba dan Nyonya namun di Terengganu pihaknya mahu menghidupkan kembali peranakan Terengganu yang dikenali sebagai Mek dan Awang menjadi simbolik kepada kaum Cina di sini.

Low berkata festival julung kali diadakan itu akan memperkenalkan tradisi masyarakat Cina dahulu serta pelbagai jenis makanan tradisional masyarakat berkenaan.

“Di Terengganu kita mahu orang ramai tahu tentang Mek dan Awang yang mempunyai sejarah makanan, budaya serta cara hidupnya yang seakan serupa dengan masyarakat Melayu.

“Jadi dengan adanya festival ini ia bukan sahaja mampu menghidupkan kembali nostalgia lama malah mampu membantu memperkenalkan Terengganu,” katanya.

Jelasnya sepanjang festival sembilan hari itu para pelancong bakal disajikan dengan pelbagai acara termasuk tarian, demonstrasi masakan, pameran binatang eksotik dan taichi.

Sepanjang penganjuran festival itu, hotel serta restoran turut menjalin kerjasama dengan menyajikan makanan orang peranakan Terengganu.
Sumber :- http://teganukita.my/festival-peranakan-terengganu-sasar-50000-pengunjung/

No comments:

Post a Comment