Pages

Wednesday, September 10, 2014

Dato’ Ahmad Razif Pemimpin Yang Dapat Menyatukan


7 (13)
Beberapa perkembangan di Kuala Nerus khususnya semasa Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kuala Nerus minggu lalu membuktikan kewibawaan Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman menerajui bahagian itu, sekaligus menerajui Umno Terengganu.
Di antara perkara yang jelas ialah kemampuan pimpinan bahagian Kuala Nerus mengatur wakil-wakil bahagian ke Persidangan Agung Umno 2014 atau G7 tanpa pertandingan dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan.
Beberapa orang bekas pimpinan atau wakil rakyat Kuala Nerus diberi  laluan untuk G7 iaitu Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri, Datuk Rahin Mohd Said dan Ustaz Mohd Ramli Noh.
Penyatuan dan situasi yang amat ingin dilihat oleh ahli-ahli Umno juga berjaya ditunjukkan oleh pimpinan Dato’ Haji Ahmad Razif.
Bekas-bekas pimpinan seperti Dato’ Mohd Nasir dan Datuk Rahin hadir ke mesyuarat Agung yang dirasmikan sendiri oleh Dato’ Ahmad Razif telah memberi  ‘signal’ bahawa kepemimpinan Dato’  Ahmad Razif diterima dan akur dengan keputusan.
Malah Dato’ Ahmad Razif selaku Ketua Umno Bahagian pula telah menyampaikan penghargaan dan hadiah  “Jasamu Dikenang” kepada Dato’ Nasir dan Datuk Rahin. Kemesraan dan sikap saling menghormati amat jelas.
8 (7)
Walaupun sebelum ini, Dato’  Mohd Nasir dan Datuk Rahim serta Dato’ Ahmad Razif sama-sama bertanding jawatan Ketua Bahagian itu, tetapi segalanya telah berlalu dan para perwakilan memilih Dato’ Ahmad Razif.
“Biduk berlalu, kiambang bertaut’, demikianlah yang penulis dapat simpulkan.
Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Razif membuktikan kemampuannya menjadi penyatu atau ketua yang dapat menyatukan. Tiada sebarang dendam melainkan penuh kasih sayang.
Bermakna apa yang diucapkan oleh beliau selama ini bukanlan retorik atau permainan kata, tetapi telah dibuktikan melalui apa yang terzahir.
Perwakilan di Mesyuarat Agung Bahagian pada hari itu juga mengusulkan junjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan penghargaan serta terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak kerana melantik Ketua Umno Bahagian berkenaan, iaitu Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir sebagai Menteri Besar ke 14.
Juga diusulkan bahawa Umno Bahagian Kuala Nerus menyokong penuh kepemimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri  dan Dato’ Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu.

No comments:

Post a Comment