Pages

Monday, September 8, 2014

21,791 Calon Duduki UPSR Di Terengganu



Seramai 21,791 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bakal menduduki peperiksaan yang bermula esok di 383 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Berdasarkan jumlah itu, seramai 175 calon Orang Kurang Upaya (OKU) di mana kategori lain-lain 140 calon, pendengaran (26 calon) dan terencat akal, rabun, serta penglihatan masing-masing mencatatkan tiga calon.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Zakaria Hussin berkata, Daerah Kuala Terengganu mencatatkan calon tertinggi seramai 7,093 orang di 94 pusat peperiksaan.

Diikuti Kemaman seramai 3,864 calon (56 pusat), Besut 3,219 calon (56 pusat), Dungun 2,928 calon (54 pusat), Marang 1,923 calon (29 pusat), Hulu Terengganu 1,430 calon (49 pusat) dan Setiu 1,334 calon (45 pusat).

Katanya kira-kira 2,000 petugas termasuk penyelia, pengawas peperiksaan dan penolong pengawas peperiksaan dilantik untuk menyelia peperiksaan tersebut.

“UPSR yang dijalankan serentak di seluruh negara akan berakhir Khamis ini,” katanya ketika dihubungi teganukita hari ini.

Menurut Zakaria, hari pertama calon akan menjalani tiga kertas peperiksaan iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan) dan Metamatik II.

“JPNT menasihatkan calon supaya datang lebih awal ke dewan peperiksaan dan membaca soalan dengan teliti sebelum menjawab,” katanya.


Sumber :- http://teganukita.my/21791-calon-duduki-upsr-di-terengganu/

No comments:

Post a Comment