Impian 80 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor untuk mencipta sejarah dengan merentang Jalur Gemilang gergasi di permukaan laut pusat peranginan terkenal Pulau Perhentian, Besut, menjadi kenyataan.
Kumpulan pelajar dari Kelab Rekreasi UiTM (KRESMA) yang menzahirkan harapan itu terlaksana apabila mereka berjaya merentang Jalur Gemilang berukuran 60 meter panjang dan 30 meter lebar terlaksana kira-kira jam 9 pagi semalam ketika seluruh rakyat Malaysia bertumpu ke Dataran Merdeka.
Pengarah Program, Siti Asmah Ahmad Shahidan berkata, pelajar terbabit sebelum itu terpaksa mengambil masa kira-kira sebulan untuk menjahit Jalur Gemilang sebelum di bawa ke Pulau Perhentian.
Katanya, Jalur Gemilang itu berjaya direntang di permukaan laut berhampiran Taman Laut Pulau Perhentian selepas mengambil masa 24 jam untuk menjayakan misi berkenaan.
Menurutnya,
usaha itu bertujuan menanam semangat patriotik di kalangan pelajar
selain menguji ketahanan diri dan semangat kerjasama antara satu sama
lain.
Program itu turut mendapat pujian Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, yang hadir menyaksikan
kerja merentang jalur gemilang oleh peserta terbabit.“Kami berharap dengan kejayaan merentang jalur gemlang terbesar dan terpanjang itu ia dapat diiktiraf dan dicacatkan dalam Malaysia Book of Record,” katanya.
Menurutnya, program itu juga sebahagian usaha untuk melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara menerusi aktiviti berasaskan semangat patriotik dan berjiwa kebangsaan.
Sumber :- http://teganukita.my/80-pelajar-uitm-shah-alam-cipta-sejarah-di-pulau-perhentian/
No comments:
Post a Comment