Pages

Monday, September 1, 2014

Terengganu Mampu ke Suku Akhir – Ketua Jurulatih


Bola1
Ketua jurulatih Pasukan Bola Sepak  Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim yakin Terengganu mampu mara ke peringkat seterusnya walaupun hanya berbaki satu perlawanan bagi merebut Piala Malaysia.

bola 2
“Meskipun tewas 2- 3  ketika beraksi dengan  Sarawak pada perlawananlalu, di Stadium Negeri Kuching  , masih  yakin untuk  memperbaiki kelemahan permainan apabila bertemu dengan pasukan sama yang bakal bertandang di laman kami pada 3 September nanti.

bola 3
“Saya juga akan pastikan yang barisan pemain Terengganu cergas dan bersedia untuk perlawanan ini kerana ini merupakan perlawanan penentu untuk mara ke peringkat suku akhir”, katanya kepada media, malam tadi
Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi, Terengganu hanya mampu memungut satu mata apabila perlawanan antara Kedah berakhir dengan keputusan  seri 2-2 dalam saingan kumpulan B.

bola 4
Terengganu terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke 35 apabila bola hantaran dari Norfarhan Muhammad disempurnakan oleh Ashari Shamsuddin.
Kedah membalas jaringan pada masa kecederaan babak pertama hasil dari tendangan percuma Baddrol Bakhtiar .

bola 6
Pada minit ke 69, pemain import Kedah Namkung Woong meletakkan pasukannya dihadapan.
Hasil rembatan kencang Ismali Faruqi dari luar kotak penalti pada minit ke 79 meletakkan keadaan kembali seimbang.

No comments:

Post a Comment