Wednesday, September 3, 2014
Jenazah Bapa Menteri Besar Selamat Dikebumikan
Menteri Besar bersama orang ramai mengaminkan doa selepas selesai pengebumian allahyarham bapanya, Abd Rahman Mohammad,86, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir
Jenazah allahyarham Abd Rahman Mohammad, bapa kepada Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir pada pukul 11.30 pagi ini.
Anak kedua allahyarham, Che Azmi Abd Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, bapanya yang berusia 86 tahun meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang semalam disamping cucu-cucunya, di kediaman rasmi menteri besar di Seri Iman akibat komplikasi paru-paru.
“Ketika hayatnya arwah merupakan seoarang yang sangat mementingkan kebajikan untuk orang lain dan banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan.
“Terima kasih kepada sahabat handai dan orang ramai yang hadir menziarahi arwah bapa saya untuk kali terakhir,” ujarnya kepada pemberita selepas selesai majlis pengebumian bapanya.
Abd Rahman meninggalkan seorang balu bersama sembilan anak iaitu lapan lelaki dan seorang perempuan.
Che Azmi berkata, seluruh anggota keluarganya reda dengan pemergian allahyarham yang merupakan seorang bekas guru agama.
Sebelum itu, lebih 2,000 penduduk kampung, rakan, pegawai kerajaan serta exco kerajaan negeri hadir menyempurnakan solat jenazah serta memberi penghormatan terakhir di kediaman rasmi menteri besar di Seri Iman Batu Burok, kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Solat jenazah berkenaan diimamkan oleh Mufti Terengganu, Dr Zulkifli Muda.
Turut hadir, Setiausaha politik Perdana Menteri, Dato’ Jailani Ngah dan Speaker DUN Dato’ Zubir Embong.
Sumber :- http://teganukita.my/jenazah-bapa-menteri-besar-selamat-dikebumikan/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment