Pages

Thursday, September 4, 2014

Terengganu Berdepan JDT Di Suku Akhir

5Biarpun terikat tanpa jaringan dengan pasukan Sarawak sudah memadai bagi Terengganu mara ke suku akhir untuk kumpulan B Piala Malaysia.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi, menyaksikan penguasaan bola banyak berpihak pada pasukan tuan rumah, bagaimanapun gagal memecah kebuntuan untuk menghasilkan jaringan.
Skuad penyu hampir menembusi gawang lawan apabila tendangan percuma oleh penyerang importnya Mario Karlovic pada minit kelima ditepis penjaga gol Sarawak, Aidil Mohammad.
Ketua jurulatih  Terengganu, Abd Rahman Ibrahim menyifatkan pasukannya mempunyai banyak peluang tetapi tidak mempunyai nasib yang baik untuk membolosi kubu lawan.
7(1)“Sepanjang separuh masa terakhir, kami mencatatkan statistik dengan lima tendangan tepat ke arah gol tapi sayangnya tiada peluang.
“Inilah dinamakan bola sepak, nasib tidak menyebelahi kita dan hanya mampu mengutip satu mata sahaja apabila seri tanpa jaringan”, ujarnya.
Walaupun begitu, Abd Rahman gembira apabila Terengganu mengakhiri saingan kumpulan B dengan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri.3(1)
Terengganu menemui laluan sukar apabila bakal bertemu dengan juara kumpulan C,  Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan suku akhir pada 17 Oktober ini  di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Pasukan lain yang turut mara ke suku akhir adalah Kelantan, Kedah, Selangor, Felda United, PDRM dan Pahang.

No comments:

Post a Comment